Terperangkap Di kampung Kerana Balik Raya, Ini Tindakan Tegas Kepada Penjawat Awam Yang Tidak Hadir Bertugas

Semasa Tempatan

“Sekiranya pegawai tidak boleh hadir bertugas, sama ada di pejabat atau bekerja di rumah (BDR), dia dianggap tidak hadir bertugas dan ada diperuntukkan hukuman tertentu dalam Perintah AM Bab D (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.” Ini adalah peraturan yang telah diperuntukan jika penjawat awam tidak hadir kerja jika terbabit dengan kesalahan merentas negeri.

Seseorang Penjawat awam itu boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung…

Akibat dengan melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, menjelaskan jabatan masing-masing boleh mengenakan tindakan tatatertib pada penjawat awam yang tidak hadir ke pejabat tanpa mengemukakan surat cuti.

“Di dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bertarikh 17 Mac, mana mana pegawai mesti bekerja di pejabat atau dibenarkan BDR mengikut arahan Ketua Jabatan.”

“Pegawai BDR boleh diarahkan untuk hadir di pejabat pada bila-bila masa namun jika tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti, boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing,” jelasnya kepada wartawan BH, hari ini.

Beliau Berkata yang demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang tidak dapat kembali bekerja kerana melanggar PKPB untuk pulang berhari raya di kampung.

Tindakan orang ramai ingkar PKPB dengan merentas negeri ketika Aidilfitri berisiko terperangkap di kampung dan gagal kembali bekerja. - NSTP/Eizairi Shamsudin

11“1“““““““““““““““`1““““““““““““““““““““““““““““`1“““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““, tindakan penjawat awam melanggar PKPB itu sendiri adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 ) dan mereka juga boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

“Kesalahan di bawah Akta 342 adalah kesalahan jnayah. Ada peruntukan di bawah Perintah AM yang memperuntukkan hukuman tertentu bergantung kepada dapatan dan hukuman mahkamah,” jelasnya lagi.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman tatatertib seperti amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Seseorang penjawat awam itu yang dikenakan tatatertib juga, tidak layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan),

Dengan denda selama (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan).

sumber : bharian