” TerseDuck Tahu Harga”- Koleksi Baru Tudung Duck Berharga RM2500 Sehelai Laris Terjual.

Hiburan Semasa

Jenama tudung premium tempatan popular, dUck Scarves bagi edisi The Luxe Chiffon Lace yang ditawarkan pada harga RM2,500 sehelai laris terjual.

Berkongsi berita itu di laman Instagram rasmi jenama berkenaan, kesemua lapan warna pilihan telah habis terjual secara online dalam masa beberapa hari sahaja.

Apa yang membuatkan tudung terbaru itu mencecah harga sehingga RM2,500 adalah kemasan batu kristal Swarovski serta gabungan renda sifon yang anggun.

“The Luxe Chiffon Lace Duck adalah tudung edisi terhad dihasilkan secara teliti dengan taburan hampir 1,300 butir kristal Xirius Rose Swarovski buatan Austria.

“Tudung itu turut dilengkapi dengan sempadan renda yang mewah dan menggunakan kristal yang dianggap ‘paling cemerlang’ daripada Swarovski,” tulis jenama itu di ruangan kapsyen Instagram.

Di Instagram, rata-rata netizen memuji keindahan koleksi terbaru keluaran dUck itu namun tidak mampu untuk memilikinya.

Malah ada yang meminta supaya dUck mengeluarkan koleksi yang sama tetapi mengurangkan jumlah taburan kristal supaya harganya tidak terlalu mahal.

Lain pula dengan netizen di Twitter, ramai juga yang mengkritik pengasasnya, Datin Vivy Yusof kerana meletakkan harga ribuan ringgit untuk sehelai tudung.

Namun, ada yang mempertahankan tindakan Vivy kerana merasakan tudung mahal itu khusus dibuat menepati selera mereka yang mampu.

Kos 1 kristal RM2

 

 

Namun, harga RM2,500 boleh dikatakan masih mampu milik berbanding sebuah lagi jenama tudung yang terkenal dengan koleksi tudung berharga RM50,000.

 

sumber : Astro gempak /  IG the duck group