“Terus Kuat Kakakku, Sayang Kak Erra Kita “-Abby Abadi Tampil Beri Semangat & Nasihat Buat Erra Fazira.

Sedang Erra Fazira diuji dek hubungan persahabatannya dengan Datin Seri Umie Aida yang dilanda masalah, pelakon siri Gerak Khas 2019, Abby Abadi tampil meniupkan kata-kata semangat buat aktres jelita yang dianggapnya sebagai kakak itu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 42, memuat naik satu entri memaparkan fotonya di sisi Erra, rakan pelakon yang turut membintangi drama kepolisan berkenaan.

“Allah uji sebab sayang dan disebabkan itu juga, Dia beri perhatian kepada kita agar mendekatkan diri kepada-Nya.

“Menangislah semahu-mahunya. Allah berfirman, setiap kesusahan pasti ada kesudahan selagi kita yakin dengan janjinya,” tulis Abby memetik kapsyen yang dimuat naik itu.

Terdahulu, Erra memohon kemaafan daripada Umie atas kekhilafan yang dilakukan sehingga membuatkan sahabat baiknya itu berang dan kecewa.

Bagaimanapun, sama ada Erra mahupun Umie, kedua-duanya tidak menjelaskan secara terperinci kejadian sebenar yang berlaku antara mereka.

Diharapakan persahabatan Abby dan Erra berkekalan hingga ke akhir hayat.

Komen

Foto : Instagram Abby Abadi via MHE TV

error: Content is protected !!