” Tiada apa-apa Pun Gambar Seram Pada Gambar Acap Itu ” – Ustaz Ini Kongsi Fakta Kewujudan Alam Jin.

Lawak & Seram Santai Semasa

Dua hari lalu, tular di media sosial berkaitan penampakan gambar-gambar menyeramkan di kawasan hutan melibatkan sekeping gambar larian Acap ketika menyertai Gopeng Ultra Trail.


Gambar Acap asalnya begini namun selepas wujud teori alam ghaib, ramai berkata nampak berbagai penampakan makhluk halus di sisinya

Gambar yang disebarkan di media sosial menunjukkan penampakan makhluk halus di gambar Acap sejak beberapa hari lalu

Menyedari ramai yang mahu tahu adakah benar ada penampakan makhluk halus seperti mana tersebar, MAJALAH REMAJA telah menemuramah pakar Perubatan Islam iaitu Ustaz Muhamad Firdaus dari PRISNUR mengenai perkara ini.

Tujuan temuramah ini diadakan bagi memberi kefahaman sebenar tentang perbezaan alam jin dan alam bunian yang mana ramai keliru mengenai perkara ini. Malah adakah benar sebegitu mudah manusia boleh melihat makhluk halus seperti mana melalui gambar yang tular?

Diharap penjelasan ini mampu memberi kefahaman lebih tepat kerana dibimbangi kita begitu mudah diperdaya dengan teori semata-mata.

Pakar perubatan Islam, Ustaz Muhamad Firdaus dari PRISNUR menjelaskan tentang alam jin yang ramai keliru mengenainya
Menurut Ustaz Muhamad Firdaus, sebelum beliau menjelaskan tentang gambar tersebut, ada sesuatu yang pembaca harus fahami iaitu KONSEP PENJELMAAN.

“Satu perkara kita harus faham tentang konsep penjelmaan ini ialah, MANUSIA HANYA BOLEH MELIHAT JIN SEKIRANYA JIN MAHU DIRI MEREKA DILIHAT. ITU PUN BUKAN DALAM BENTUK YANG SEBENAR.

Menurut Ustaz Muhamad Firdaus lagi, ada 3 perkara penting dalam bab penjelmaan yang harus difahami iaitu:-

Jin itu memang hendak dirinya dilihat ketika itu
Jin yang mampu dilihat oleh manusia (sesetengah orang sahaja) sebenarnya adalah jin belaan keturunan. Maksudnya di sini, nenek moyang ada membuat perjanjian dengan jin dan mengambil ilmu tertentu seperti pelaris, ilmu pengasih dan sebagainya. Hanya anak cucu cicit keturunan sahaja yang boleh nampak makhluk ini di mana jin bertukar menyerupai bentuk ular, harimau dan lain-lain mengikut apa yang difikirkan ketika itu. Satu perkara harus difahami, jin belaan keturunan berbeza sama sekali dengan saka kerana saka memang tidak boleh dilihat. Jin-jin liar yang tidak bertuan dan mendiami kawasan hutan TIDAK AKAN mendekati manusia langsung.
Ada tempoh tertentu iaitu beberapa saat sahaja penampakannya.

JIn tak akan suka-suka tonjolkan dirinya kerana naturenya Allah menciptakan bangsa ini dari api. Kalau ada entiti berjaya dirakam pun hanyalah warna sahaja iaitu putih, hitam atau hijau kebiruan

Ada yang mendakwa di batu ini kelihatan lelaki berjubah putih. Untuk makluman semua, bangsa bunian tidak akan mendekati manusia dan tak akan masuk campur urusan manusia kecuali jin yang suka mengacau manusia
Bagaimana pun menurut Ustaz Muhamad Firdaus, perkara penampakan jin ini bergantung kepada kekuatan iman seseorang atau motif tertentu. Jika seseorang itu kasyaf sekalipun masih tetap sukar untuk melihat jin kecuali dengan keizinan Allah taala.

Jelasnya, manusia tidak boleh melihat jin ada tertulis di dalam al-Quran malah ada dikisahkan melalui satu hadis sahih.

“Semasa Nabi Muhammad SAW bertemu kaum jin untuk menyampaikan ajaran Islam, seorang sahabat yang turut sama mengikut Baginda Nabi, hanya mampu melihat kepulan asap hitam sahaja di sebalik penghalang ketika baginda menyampaikan ilmu. Ini kerana Allah ciptakan jin tidak berjasad, bukan seperti manusia.

Jadi merujuk kepada persoalan adakah benar penampakan entiti-entiti seram pada gambar Acap sebagaimana yang tular, jelas Ustaz Muhamad Firdaus berdasarkan pendapatnya, IA TIDAK MENUNJUKKAN APA-APA ENTITI LANGSUNG.

“Pendapat ini adalah bersandarkan kepada fakta di atas iaitu jin akan hanya menunjukkan dirinya jika dia mahu, itupun bukan dalam bentuk sebenar. Jika sahabat Rasulullah sendiri hanya melihat kepulan asap hitam, bagaimana kita boleh melihatnya dalam bentuk jelas tambahan pula jin tidak berjasad,” katanya yang turut menambah, sinaran matahari melalui gelombang tertentu, haba tanah, keadaan muka bumi, pantulan akan membuatkan orang berhalusinasi sehingga berpendapat,semua benda-benda aneh adalah makhluk halus yang menyeramkan.

“Kita ambil contoh paling mudah iaitu keadaan jalan raya ketika matahari memancar tepat. Ada ketika kita nampak seperti jalan raya beralun-alun sedangkan keadaan jalan tidak begitu. Hal ini samalah suasana di dalam hutan. Gelombang, haba, cahaya, pantulan dan kesemuanya bercampur sehingga kita nampak semua ojbek seperti makhluk seram. Tapi berdasarkan kepakaran dan penelitian kami, tiada apa-apa pun gambar seram pada gambar Acap itu,”katanya ketika ditemui di pejabatnya di Puncak Alam, Fasa 3.

Penampakan entiti makhluk halus biasanya terjadi dalam tempoh 5 saat sahaja. Ramai yang keliru dengan gambar sebegini, Gambar hiasan
Jelas Ustaz Muhamad Firdaus lagi, teori seterusnya yang menguatkan fakta di atas ialah memandangkan jin tidak berjasad, ia biasanya terakam hanya melalui penampakan warna sahaja.

“Kalau kita tengok di YouTube atau kamera infra yang digunakan untuk merakam entiti, kita hanya nampak warna putih, hitam atau hijau kebiruan dalam kes-kes penampakan identiti ini kerana naturenya Allah menciptakan jin dari api di mana kalau kita merakamnya, ia hanya kelihatan objek sahaja, bukan jasad.

“Contoh paling mudah untuk nak faham ialah hembusan asap rokok. Kita boleh rakam gambar kepulan itu tapi kita tak dapat sentuhnya. Samalah macam jin, bagaimana nak rakam kalau tiada jasad. Sebab itulah hanya terakam warna sahaja. Kalau ada yang bertuah dapat merakam bentuk jin, kejadian itu hanya berlaku beberapa saat sahaja (kurang dari lima saat) di mana berlaku pertembungan laluan ketika kita mengambil gambar dan jin lalu seperti yang pernah saya kongsikan di fb saya dalam satu kejadian di Genting Sempah.

“Namun berdasarkan kepakaran kita dengan alam ghaib, kita dapati dalam kes Acap ini tak ada langsung mana-mana makhluk halus dalam gambar tersebut,”katanya memaklumkan, suasana di dalam hutan begitu berbeza dan lebih sukar jika hutan itu hutan tebal kerana banyak makhlus halus mendiaminya.

Ustaz Muhamad Firdaus berkata dalam kes Acap, hanya individu yang benar-benar arif dalam dunia ghaib mampu memberikan pertolongan. Bagaimana pun katanya kita harus percaya kepada apa yang telah ditakdirkan oleh Allah taala
Bagaimana pun jelas Ustaz Muhamad Firdaus, manusia hanya boleh melihat jin jika jin bertukar menyerupai makhluk tertentu seperti ular, naga dan sebagainya.

“Pernah berlaku di zaman Rasuulllah SAW, seorang pemuda yang di dalam perang meminta izin untuk pulang ke rumah. Baginda Nabi sudah melarang pemuda itu pulang kerana kata Rasulullah SAW, jika kau pulang ke rumah, ajalmu akan tiba.

“Namun dirinya meminta izin untuk pulang juga. Setibanya di rumah, dia terlihat isterinya berada di luar rumah. Marah melihat isterinya di luar rumah, dia mahu membaling parang @tombak namun perbuatan tersebut ditahan oleh isterinya dan meminta dia melihat apa yang ada di dalam rumah mereka dahulu.

“Bila pemuda ini masuk ke dalam rumah, dia menjumpai seekor ular besar dan membunuh. Pemuda ini pantas keluar dari rumah dan selepas itu dirinya rebah dan terus meninggal. Jelas dari cerita ini, jin telah bertukar menyerupai ular besar dan kerana membunuh jin tersebut, nyawa bertukar nyawa (faktanya jin boleh bertukar menyerupai makhluk lain seperti ular, naga dan sebagainya ketika memasuki alam manusia).

Betul ke Acap disorok makhluk halus?

Menurut Ustaz Muhamad Firdaus, ramai orang bersangka-sangka bahawa kejadian melibatkan Acap ini dilakukan oleh bunian.

“Suka saya memaklumkan, berdasarkan kepakaran yang kami ada, bunian tidak terlibat langsung dalam kejadian ini kerana secara naturenya, bunian tidak akan duduk dekat dengan penempatan manusia. Biasanya mereka memilih duduk jauh dari manusia.

“Satu yang kita kena faham dan perlu tahu, bunian adalah dari kategori jin. Ada yang beriman kepada Allah taala dan tidak. Naturenya mereka tidak suka berada dekat dengan penempatan manusia. Bunian juga tak akan ganggu manusia atau masuk campur urusan manusia. Nak kencing tepi jalan pun mereka tak kisah sebab naturenya begitu. Lagi ada manusia, lagi mereka akan pergi jauh.

“Berbeza dengan jin, makhluk ini memang suka masuk campur urusan manusia. Sebab itulah banyak kejadian rasukan, termasuk ke perkampungan ghaib ada kejadian benar di mana perbuatan ini dilakukan oleh jin kafir yang tidak bertuan yang memang suka masuk campur urusan manusia.

Dalam kes Acap kerana sudah lebih 12 hari tidak ditemui, jelas Ustaz Firdaus, ada dua teori terjadi dan menurutnya ini hanyalah satu pendapat semata-mata.

Pertamanya, kelibat Acap tidak ditemui mungkin kerana dirinya telah dibelenggu kaum jin di sekitar kawasannya hilang. Kemungkinan juga ada kaum jin tak berpuas hati (harus diingat jin memang suka mengganggu manusia).

Teori kedua ialah Acap terjatuh semasa larian, sama ada ke dalam gaung dan sebagainya dan orang yang mencari sukar menjumpai dirinya.

“Berdasarkan pengalaman saya, bila kita memasuki hutan, naturenya secara semulajadi bau badan kita akan bertukar menjadi seperti bauan hutan. Kalau kita terjatuh, ada kemungkinan daun-daun menutupi tubuh kita dan dari sinilah pencarian Acap menemui jalan buntu,”katanya sambil menambah hanya mereka yang benar-benar pakar sahaja mampu memberikan pertolongan dalam kes Acap ini.

CER KOMEN SIKIT

sumber : remaja 

Via: sweetnutella. TQ