“Tikus Bertaubat Menuju Jalan Benar”- Melompat Lucu Sekumpulan Anak Muda Mengejar Tikus Gemok Masuk Masjid.

Lawak & Seram

Lain orang lain benda atau haiwan yang ditakutinya. Ada yang paling tidak suka jika nampak lipas. Lebih-lebih lagi bila lipas itu mula terbang. Rasa macam geli betul! Ada orang takut dengan tikus, haiwan yang boleh dikatakan agak kotor juga.

Beberapa hari lalu tular di sosial media dengan satu video beberapa orang lelaki mengejar seekor tikus sambil terjerit-jerit. Dalam rakaman kurang dari satu minit itu kelihatan dengan jelas tikus yang dikejar sekumpulan lelaki itu bersaiz agak besar!

Rakaman itu nampaknya seakan berlatarbelakangkan masjid atau pun surau. Video tersebut juga menarik perhatian ramai dengan gelagat sekumpulan lelaki itu yang memang agak kelakar sebenarnya!

Lebih menarik perhatian adalah suara latar yang merakamkan kejadian itu yang berulang kali bercakap ‘guys tikus guys’. Video tersebut telah meraih 2.5 juta tontonan dan 35,000 retweets!

 

Memang berdekah tengok gelagat masing-masing! Rasanya kalau korang sendiri yang berdepan dengan situasi ini pasti tidak lari hingga tidak cukup tanah juga mungkin?

Rata-rata netizen yang menonton rakaman ini cukup terhibur dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Kelakar betul! Habis riuh satu kampung sebab kejar seekor tikus je”

“Itu tikus ke anak kucing? Besar betul!”

“Tikusnya bertaubat dan menuju ke jalan yang benar”

“Sampai terbanglah!”

 

Nasib baiklah akhirnya mereka berjaya juga mengusir haiwan itu keluar dari masjid tersebut. Lain macam betul huru-hara jadinya sebab seekor tikus!

Sumber: Rioditya via HCL via lepatpisang