“Tipikal Melayu Muslim Dengan Muslim Sebenar”- Tiz Zaqyah Bandingkan Cara Ulamak Luar Berdakwah Dengan Status Seterika Jari PU Amin,

Hiburan

Pendekatan berdakwah secara analogi Ustaz Amirul Amin mengenai cara menutup aurat dengan betul tular di media sosial.

Status yang dikongsikan PU Amin di laman Twitter miliknya sekitar September 2018 kembali diulangsiar oleh netizen.

Dalam status berkenaan, PU Amin mengandaikan tahap kepanasan api neraka tidak terbanding dengan suhu seterika.

“Orang perempuan cuba tips ni. Sebelum pakai tudung korang mesti gosok tudung kan?

“Apa kata korang letak jari kat sterika tu dalam tempoh 5 saat, melecur tak jari?

“Kalau melecur, pakai tudung elok-elok tau. Bukan apa kita ni tak kebal dengan panas lagi lagi api neraka,” pesan PU Amin.

Status tersebut menarik perhatian pelakon Tiz Zaqyah untuk membandingkan dengan cara pendekatan dakwah ulamak luar negara, Shaykh Azhar Nasser.

“Typical Meleis muslim and a real muslim.

“A man telling a girl to touch an iron plate with two fingers. A man calling out ‘dear brothers, and zulaykhas’,” tulis Tiz.

Bagaimanapun, pandangan Tiz itu dibidas oleh salah seorang pengguna yang menyarankan untuk memperhalusi isu yang ingin disampaikan.

Namun, Tiz menganggap seseorang pendakwah seharusnya menyampaikan ilmu dengan cara yang berhemah.

Status itu terus mengundang perdebatan dalam kalangan netizen hingga ada yang menempelak cara PU Amin menggunakan ayat sedemikian untuk berdakwah.

 

sumber : Astro gempak