“Tak Payah Tipu, Tak Payah Berlakon”- TMJ Perli Syed Saddiq? Ini Reaksi Syed Saddiq

Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq mencvri perhatian ramai apabila melancarkan kempen #1keluarga1laptop baru-baru ini.

Difahamkan kempen tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba buat 100 orang pelajar dalam kawasan parlimen beliau.

“Sabtu lepas, saya telah mulakan #B0takChallenge untuk raih dana kepada pelajar Muar dari keluarga susah. Sasaran saya: RM200,000 untuk biaya 100 laptop.

“Progres setakat ini: Kita berjaya raih RM61,410.00 dalam tempoh 24 jam yang pertama!

“Kalau kita capai sasaran, saya akan b0tak!” tulis Syed Saddiq yang berkata mereka sudah berjaya raih RM144,760.00 setakat ini.

Reaksi TMJ

Sementara itu di laman Twitter ketika ini hangat memperkatakan mengenai status laman Insta Story yang dimuatnaik oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi status itu, TMJ berharap individu yang dimaksudkannya itu tidak lagi menggunakan penduduk Muar untuk kepentingan peribadi selain menghentikan pen1puan termasuklah memb4talkan niat untuk b0takkan kepala.

Ramai percaya status tersebut ditujukan kepada Syed Saddiq.

 

“Tak payah nak cu-ri duit rakyat dan masih ada kes dengan SPRM, tak payah nak men1pu, tak payah nak berlakon dan tak payah nak bot4kkan kepala.

“Cukup-cukuplah menggunakan orang Muo (Muar) demi kepentingan peribadi. Lagi-lagi apabila awak tu orang Arab Singapura bukan orang Johor.” tulis TMJ.

Reaksi Syed Saddiq

Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru, Syed Saddiq dilihat memuatnaik satu video terbaru di Instagram beliau, kira-kira 3 jam selepas status yang ditulis TMJ di IG Story.

“Assalamualaikum wbt..kehadapan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tengku Mahkota Johor, patik menjunjung kasih kepada Tunku kerana sudi menyumbangkan RM300 ribu kepada anak-anak Muar.

“Patik dan orang Muar terhvtang budi pada jasa baik Tunku. Patik percaya bahawa kita sentiasa perlu berlumba-lumba untuk membuat perkara baik.

“Patik juga ingin mengambil kesempatan untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tunku yang telah memudahkan urusan pembinaan hub anak muda Muar.

“Alhamdulillah dalam kapasiti kecil patik sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan, projek hub anak muda berjumlah RM25 juta telah diluluskan setelah patik berjumpa perdana menteri, MB Johor yang dibentangkan dalam kabinet.

“Namun hanya dengan perkenan dan campur tangan tunku dalam isu tanah yang menyekat projek ini, akhirnya projek Tengku Mahkota Ismail New Centre akan dilaksanakan. Terima kasih Tunku.

“Sebagai manusia biasa, patik tidak terlepas dari membuat kesilapan, patik mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun sekiranya ada tersinggung perasaan Tunku dan keluarga.

“Sebagai anak jati kelahiran Johor yang membesar di Johor dan telah bersekolah di Johor, patik dan seluruh keluarga amat terhvtang budi kepada Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Johor, Tunku dan seluruh keluarga selaku pemerintah negeri Johor Darul Takzim.

“Semoga Allah swt sentiasa merahmati dan melindungi Tunku serta keluarga,” akhiri Syed Saddiq yang mendapat pujian ramai atas jawapan matang beliau.

Syed Saddiq Sanggup B0takkan Kepala Demi Komputer Riba?

Terdahulu, Syed Saddiq menawarkan dirinya akan memb0takkan kepalanya jika berjaya mendapatkan sumbangan mencecah RM200,000.

Keputusannya itu yang dianggap sebagai bernazar, sebagai kempen untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba untuk 100 orang pelajar dalam kawasan parlimen beliau.

Dalam tempoh 24 selepas ia dilancarkan, Syed Saddiq tmemaklukan telah mencapai RM61,410.

Saddiq melancarkan kempen #1keluarga1laptop tersebut dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak-anak mereka.

Jika dilihat pada IG Stories beliau, nampaknya ramai yang sudah menghulurkan bantuan wang. Sebelum ini melalui cara yang sama Syed Saddiq telah berjaya menyumbangkan sebuah komputer riba kepada 100 orang pelajar di kawasan beliau.

Kesemua penerima komputer riba berkenaan terdiri daripada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

 

Sumber: IG TMJ, Syed Saddiq, Beautifulnara, limauais

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.