“Tok Bom0h Temberang, Patut Sumbat Dia Sekali “- Netizen Berang, Tok B0moh Aka Bapa Pesalah Punca Zulfarhan Di Tuduh.

Santai Semasa Tauladan

 

Ternyata ramai yang masih sayu dan marah dengan kejadian yang menimpa penuntut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain meskipun semalam 18 orang tertuduh telah dipanggil untuk bela diri.

Jika korang imbau kembali kronologi kes ini, punca Zulfarhan didera sehingga menyebabkan kematiannya ialah kerana seorang ‘bomoh’ menuduh penuntut UPNM ini mencuri laptop salah seorang suspek. 

Sumber: Blog

Baru-baru ni, netizen up semula kisah ini di Twitter ihsan daripada Instagram adik arwah Zulfarhan. 

“Geram betul, bila tengok muka “bomoh” aka ayah OKT ni terlibat dalam kes UPNM tu” 

Menerusi posting tersebut, wajah ‘bomoh’ yang digembar-gemburkan itu telah dimuat naik netizen terbabit.

Agak mengejutkan bila korang baca kisahnya, bomoh tersebut menuduh Zulfarhan sebagai pencuri selepas dia ‘kononnya’ dapat ilham daripada solat menggunakan ‘barang’. Barang apa tuuuu? Bukan ke syirik! 

Sumber: Twitter

“Belajar pandai-pandai sampai UPNM tapi percaya kepada benda-benda khurafat” 

Sumber: Twitter

“Islam tak ajar selesaikan masalah macam bomoh ni buat. Solat pun dengan barang…” 

Rata-rata netizen memang geram betul bila baca semula kisah mengenai penglibatan bomoh ni dalam kes Zulfarhan. Yang pasti, apa yang dilakukan bomoh tersebut memang syirik sungguhpun katanya dia bersolat hajat tetapi menggunakan ‘barang’.

Sumber: Twitter

“Pakcik ni lah yang lagi menggalakkan untuk dia orang nak buli dan membunuh Zulfarhan tu” 

Sumber: Twitter

Siapa yang tak marah kan? Kalau admin di tempat family arwah mesti marah. Itulah… jangan terpedaya sangat dengan ilmu-ilmu khurafat dan bomoh ni. 

 

 

sumber : Lobak merah