“Tolonglah.. Tak Tenang Hati Pinjam Tetapi Tak Bayar.” Reen Rahim Cari Lelaki Baik Hati Pinjamkan RM50 Buat Isi Minyak.

Hiburan

Pelakon Reen Rahim kini sedang menunggu seorang jejaka istimewa. Tetapi bukan untuk dijadikan teman lelaki atau bakal suami, sebaliknya dia ingin membalas jasa lelaki tersebut yang telah membantunya ketika dia memerlukan.

Kisahnya berlaku apabila Reen tidak punya wang tunai yang cukup untuk mengisi minyak kereta pada waktu malam. Ada seorang hamba Allah yang baik hati telah meminjamkan sejumlah wang kepadanya.

Reen berjanji mahu memulangkan semula wang tersebut namun dia terlupa mengambil nombor untuk dihubungi.

Menerusi perkongsian dalam laman Instagram miliknya, Reen berharap lelaki tersebut akan segara menghubunginya.

“Malam tadi saya tidak ada duit tunai mahu mengisi minyak kereta. Saya tidak dapat keluarkan duit dari mesin ATM kerana stesen minyak telah tutup. Minyak tinggal satu ‘bar’ dan saya nak masuk jalan kampung yang tiada lampu serta stesen minyak.

“Apabila sampai ke stesen minyak lain, tidak boleh menggunakan kad pula. Ada satu hamba Allah tolong beri pinjam wang tunai RM50.

“Saya tidak ambil nombor telefon dia. Cuma berikan kad nama saya sahaja untuk dia hubungi. Tetapi sampai sekarang dia tidak menghubungi saya.

“Tolonglah. Tak tenang hati ini kalau sebut pinjam tetapi tak bayar.

“Saya masih tunggu wahai cik abang yang tolong saya,” tulis Reen dalam laman Instagram miliknya. –

 

Sumber  : MHE TV