“TQ Doc Tolong Jaga Ainul ” – Bapa Gelar Dua Doktor Sukarelawan Ini Sebagai Hero- Hero Ainul.

Bapa kepada bayi berusia lapan bulan, Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumor’, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menyifatkan dua doktor yang mengiringi mereka ke London untuk memantau kesihatan Ainul sepanjang penerbangan sebagai hero anaknya itu.

 

Menurutnya dalam perkongsian di laman Facebook hari ini, dua doktor hebat itu ialah Doktor Pakar Anestetik Avisena, Datuk Dr Jaseemuddeen Abu Bakar dan Dr Guna dari Subang Jaya Medical Centre (SJMC).

“Mereka berdua yang berhempas-pulas uruskan perpindahan Ainul dari Malaysia ke United Kingdom (UK).

“Tugas mereka adalah kena pastikan Ainul sihat terutama dalam kapal terbang. Ini antara hero-hero Ainul!,” katanya.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Ini lah team yang uruskan transfer ainul bermula dari malaysia sehingga lah masuk hospital di london. 

 

Semalam, Ainul selamat tiba di London bersama bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Ahmad Safiuddin juga berkongsi keadaan terkini Ainul sebaik tiba di sebuah hospital di London semalam di mana dia dalam keadaan baik.

‘Ainul, hari ini Ainul duduk semula dalam inkubator…’

Selepas dua hari berada di London, bayi perempuan menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kini ditempatkan di dalam inkubator dengan wayar yang berselirat di sebuah hospital kanak-kanak.

Naluri sebagai bapa, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, terusik apabila mengenangkan keadaan Ainul Mardhiah ketika ini apabila mengenangkan bayinya pernah melalui situasi sama berada Unit NICU (wad penjagaan intensif untuk bayi) sewaktu baharu lahir.

“Ainul, hari ini Ainul duduk semula dalam inkubator, walid dengan mama sebak sangat. Teringat waktu Ainul baru lahir dahulu, begini lah keadaannya.

“Tubuh badan kamu penuh dengan wayar, bunyi mesin yang tidak pernah berhenti mengingatkan walid dan mama ketika kamu di NICU suatu ketika dahulu,” katanya menerusi status Facebook kira-kira jam 6 petang ini.

AHMAD Safiuddin (kiri) bersama isteri dan Ainul ketika tiba di London. – NSTP/Ihsan pembaca

Bagaimanapun, Ahmad Safiuddin dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, yakin Ainul Mardhiah kuat melalui ujian kerana dia anak yang kuat sesuai dengan namanya, yang bermaksud pejuang.

Dalam statusnya, sebelum ini, Ahmad Safiuddin memaklumkan perjalanan bayi perempuannya, terbang ke luar negara, berjaya diharungi tanpa sebarang masalah sejurus berlepas ke London, Jumaat lalu.

Katanya, Ainul Mardhiah selamat tiba di sana selain berjaya melepasi risiko menaiki penerbangan tanpa sebarang masalah.

Katanya, ia juga kerana dibantu doktor tempatan yang juga individu sukarela mengikuti misi itu, berhempas pulas memastikan bayi perempuan sembilan itu sentiasa cergas dalam perjalanan ke sana.

Bagaimanapun, katanya, ketika tiba di sana, bekalan oksigen Ainul Mardhiah agak terganggu namun pihak hospital kanak-kanak di sana menstabilkannya semula.

“Mungkin sebab Ainul mengembara jauh, jadi dia perlu belajar sesuaikan diri di sini,” katanya menerusi status itu.

Ahmad Safiuddin berkata, dia akan melaporkan perkembangan bayinya menjalani pembedahan dan rawatan sepanjang berada di sana melalui laman sosial itu.

Sementara itu, pakar bedah warga Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri, melalui Instagram beliau memuat naik status bayi itu tiba di sana bersama ibu bapanya dengan ditemani sekumpulan pakar bius negara ini, semalam.

Dr Nur Amalina yang memuat naik gambarnya dengan ibu bapa bayi itu, turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia bersama-sama membantu memastikan Ainul Mardhiah selamat tiba serta dapat menjalani rawatan.

Media sebelum ini melaporkan Dr Nur Amalina bersama sekumpulan pakar di UK bersedia membuat pembedahan terhadap Ainul Mardhiah dengan kos rawatan dianggarkan lebih RM1 juta.

 

sumber : Berita Harian/Sinar Harian

error: Content is protected !!