“Tudung Itu Mahal Harganya Di Akhir Zaman”- PU Amin Respon Isu On Off Tudung.

Hiburan Nasihat & Panduan

Aduhai…banyak benar kisah sensasi melibatkan figura dikenali dalam dunia hiburan tanah air kebelakangan ini.

Mengambil berat akan situasi yang berlaku, PU Amin menerusi laman Instagram ada berkongsi perihal kata-kata nasihat, khasnya buat kaum wanita di luar sana.

Ulasnya, Al Quran menyuruh memakai tudung untuk menutup dada, namun bila kita pakai mengikut suka, mudah untuk syaitan terus menggoda.

Malah, penceramah ini turut menyeru kaum lelaki agar memuliakan kaum wanita kerana maruah dan aurat wanita sangat mahal.

Bimbang jika tangan itu yang menarik kita ke neraka, kongsinya lagi.

Dalam pada itu, dia juga melarang netizen daripada ‘tag’ sesiapa sahaja yang berkenaan bagi mengelakkan sebarang kontroversi.

Setuju dengan nasihat berhemah daripadanya, netizen turut meninggalkan komen positif bagi saling mengingati antara satu sama lain.

Moga apa yang dimuat naik ini boleh dimanfaatkan bersama.

Foto : Instagram PU Amin/media hiburan