Makin hari makin cantik Tya Arifin. Lebih-lebih lagi sejak ratu hati Asyraf Khalid ini memilih penampilan yang lebih sopan dan sejuk mata memandang. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini Tya pun turut tumpang gembira selepas melihat perubahannya hari ini.
Apatah lagi, hampir lima tahun melayari bahtera perkahwinan dan dikurniakan dua cahaya mata comel, Tya mahu lebih menghargai kehidupan dan berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah!
Belakangan ini ramai sekali yang bertanya dan ianya juga mendoakan Tya, alhamdulillah terimakasih banyak kepada semua keluarga, kawan, rakan media dan followers Tya yang mendoakan kebaikan untuk Tya.
Baik, disini Tya hendak berbagi sedikit cerita.
Pada satu pagi 2 February, Sebelum keluar rumah, Tya terdetik untuk mengenakan Hijab. Tanpa sebarang persiapan, Tya just decide untuk cuba pakai Hijab. Tya bgtau Asyraf ‘B jangan post ya gambar i ni kerana i belum ready’, tapi Asyraf tersenyum lebar sambil mengucapkan Alhamdulillah.
Sebenarnya,
Asyraf, & Prof Muhaya sudah bagi hint pada Tya untuk sempurnakan pakaian Tya. Tapi Tya masih belajar, & Tya masih dalam process untuk memperbaiki diri.
Karna bagi Tya, perubahan ini harus muncul dari diri sendiri dulu.
Alhamdulliah, Allah bagi Tya kekuatan, & keluarga juga support keputusan Tya untuk bertudung. Malah orang sekeliling juga sangat support Tya & Tya bersyukur sangat.
Misi Tya adalah untuk membantu ramai wanita di luar sana, & Impian Tya sama Asyraf sangat besar, jadi Tya harus lakukan segala perintah Allah & tinggalkan segala larangan Allah, mudah mudahan, Allah redha dengan segala yang Tya lakukan.
Tya juga bersyukur pada Allah kerana telah memberi Tya segala-gala nikmat di Dunia. Tya ada Keluarga yang baik, perniagaan Mutyara yang baik & sedang berkembang dengan sangat laju, jadi Tya nak perbaiki diri untuk lebih baik. Allah sudah sangat baik pada Tya.
Tya minta, semua doakan Tya kekal Istiqomah, & untuk Tya & keluarga lebih success dan maju lagi untuk ke depan ini. Terima kasih kepada semua yang dah support Tya. I love you all!
Doakan Tya yang masih terus belajar dan belajar untuk menjadi yang lebih baik
Desas-desus mengenai berita penghijrahan Tya mula kedengaran sejak usahawan jamu, Mutyara ini memuatnaik gambar di samping suami tercinta empat hari yang lalu. Romantis memeluk lengan Asyraf sambil berhijab polos rona putih dan berbaju kurung merah jambu, rata-rata peminat yang melihat gambar berkenaan meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar wanita cantik ini terus terbuka hati untuk bertudung.
Walau hanya mengenakan solekan nipis namun aura dan pesona Tya jelas terserlah dalam gaya hijab ringkas tersebut. Cukup minimalis tetapi menawan!
Berturut-turut memuatnaik gambarnya mengenakan hijab termasuk ketika melawat adik Asyraf iaitu Aazief Khalid yang sedang sakit di hospital… menguatkan lagi kenyataan bahawa pemilik nama Nurtria Wulandari Arifin ini sudah pun berhijab sepenuhnya. Melangkau usia 26 tahun, ia pastinya perubahan besar dan paling dinanti-nantikan Tya.
Ketika dihubungi Nona, Tya sambil tertawa mengesahkan perkhabaran itu dan berharap peminat mendoakan kemudahan buatnya serta kekal istiqamah dengan penghijrahan
tersebut. Meskipun baru berjinak-jinak untuk menutup aurat tetapi Tya kelihatan cukup selesa berhijab dan tidak kekok.
Menantu tiri kepada penyanyi kesayangan ramai Dato Sitinurhaliza ini, dikatakan sedang membiasakan diri berhijab.
Manis dan sopan Tya Ariffin berhijab
Tampak manis dan sopan, beberapa posting terbaru yang dimuat naik oleh pelakon Indonesia ini kelihatan ayu berhijab.
Menerusi posting terbaru beliau di laman sosial Instagram, Tya berharap peminat mendoakan dirinya terus istiqomah berhijab.
Sementara itu, beliau turut mengakui dalam proses belajar dan membiasakan diri dengan penampilan barunya.
Doakan Tya terus belajar dan menjadi lebih baik
“Bismillahirahmanirrahim. Doakan Tya yang masih terus belajar dan belajar untuk menjadi yang lebih baik,” tulisnya ringkas.
Walaupun telah memuat naik beberapa posting berhijab di Instagram, beliau masih belum membuat sebarangan pengesahan terbuka mengenai penghijrahannya itu.
Namun begitu, menerusi ruangan komen, beberapa rakan selebriti sempat menitipkan doa dan sokongan mereka kepada Tya.
Amin, Insha-Allah Tya sayang antara ucapan dari Mila Filzah
Antara rakan selebriti yang mendoakan beliau terdiri daripada Mira Filzah, Syamim Farid dan Eleena Sui serta peminat beliau sendiri.
“Alhamdulillah… Amin… Insha-Allah Tya sayang,” tulis @mfmirafilzah
“Alhamdulillah… Amin… Semoga dipermudahkan urusan untuk Tya,” komen @syamimfarid
“Alhamdulillah… Amin. Insha-Allah, doakan saya juga ya. Sama-sama berusaha ke arah lebih baik,” coret @eleena.sui
Berkahwin dengan Asyraf Khalid dan mempunyai 2 orang anak
Terdahulu, beliau berkahwin dengan ahli perniagaan Malaysia, Asyraf Khalid yang juga anak ketiga Khalid Mohamad Jiwa dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza pada 1 November 2015.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa yang dilahirkan pada 31 Mac 2017. Pada Januari 2019, Tya mengumumkan menimang cahaya mata kedua dan menjadikan pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata.
SUMBER : HCL