Tular Polis Sepak Terajang Penunggang Motorsikal Rupanya Seorang Suspek, Ini Rekod Jenay4hnya..

Semasa Tempatan

Dalam video berdurasi 13 saat yang tular di media sosial sejak pagi tadi, seorang anggota polis dirakam menendang seorang suspek yang terjatuh dari motosikal yang ditungganginya.

Polis Kuala Lumpur melancarkan siasatan dalaman terhadap anggotanya yang dilihat mengasari seorang suspek dalam sebuah video yang tular ketika proses tangkapan dibuat.

Polis KL lancar siasatan dalaman anggota 'terajang' suspek

Kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim, tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu menjalankan tugas.

“Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP ketika proses tangkapan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Mazlan berkata dua anggotanya sebelum itu cuba menahan dua orang suspek yang menunggang dalam keadaan mencurigakan untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun svspek tidak mengendahkan arahan tersebut dan terus memecut ke arah Jalan Ampang menyebabkan anggotanya bertindak mengejar motosikal svspek.

“Setiba di susur keluar Jalan Ampang berhampiran dengan Tasik Ampang Hilir, suspek yang menunggang melawan arus telah hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.

“Semasa tangkapan dibuat suspek telah bertindak aggresif dan berlaku pergelutan dengan pihak polis,” katanya lagi.

Polis berjaya menahan seorang lelaki namun rakan svspek yang membonceng motosikal berjaya melepaskan diri dengan terjun ke dalam longkang besar di tepi jalan tersebut.

Ujian air kenc1ng mendapati suspek positif d4dah jenis sy4bu dan mempunyai dua rekod jen4yah l4mpau melibatkan kes d4dah dan pecah rum4h.

Suspek kini direm4n 4 hari dan disiasat mengikut S3ksyen 15 (1)(a)  Akta D4dah Berba4haya 1952 manakal usaha mengesan rakan svspek sedang giat dijalankan.

 

Namun ramai yang geli hati melihat rakan yang seorang lagi tergolek tak sempat tongkat motor gara-gara mahu menahan rakannya dari bertindak luar kawalan..terbaik bang!

sumber : awani