” U Show Cheaper Publisiti “- Tarian Tik Tok Anak Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona Di Tegur Tidak Sopan.

Hiburan

Baru berusia 18 tahun, Azhar seperti yang dipetik mengakui anaknya, Kasih Iris Leona mempunyai minat dan kecenderungan dalam dunia modeling. Jadi tidak hairanlah kalau Kasih Leona ni memang tampak tak kalah gaya bila posing.

Anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona mendapat teguran netizen apabila beraksi untuk aplikasi Tik Tok.

 

 

View this post on Instagram

 

my strange addiction

A post shared by Leona (@kasihirisleona) on

 

Baru-baru ini misalnya, remaja berkenaan ada berkongsi video tariannya dengan mengenakan t-shirt berwarna hitam dan celana pendek.Sekali gus, video tersebut mendapat perhatian sekali gus mendapat reaksi pelbagai netizen.

Lantas, Leona juga dilihat ada memberikan respon terhadap komen yang diberikan.“Its literally just dancing y’all just take it out of context like why r u soo sensitive?,” balasnya.

Memiliki lebih 80,000 pengikut di Instagram, Leona sering berkongsi foto dan videonya menerusi platform berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

prom lewk

A post shared by Leona (@kasihirisleona) on

Sebelum ini, Azhar Sulaiman ‘mempromosikan’ anak perempuannya, Kasih Iris Leona untuk berlakon dalam mana-mana drama tempatan.Bagaimanapun, Azhar mengakui bahawa Leona kurang mahir berbahasa Melayu.Pada masa sama, Azhar ada memberitahu anaknya mampu bertutur dalam Bahasa Melayu, cuma pelat.

Azhar Sulaiman berusia 49 ini masih lagi aktif dalam hal melibatkan seni. Azhar mempunyai tiga orang anak iaitu Kasih Leia Ixora, 22, dan kembar Andika Rees Pahamin serta Kasih Iris Leona, 18.

Azhar Sulaiman memberitahu dia sedar kehidupan tiga anaknya yang semakin meningkat dewasa sering menjadi perhatian netizen memandangkan mereka adalah anak kepada seorang selebriti.

Azhar bagaimanapun berkata, dia seorang yang terbuka terhadap sebarang kritikan sama ada positif atau negatif terhadap mereka malah menyifatkan teguran itu sebagai peringatan dalam memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Foto/Video: Instagram Kasih Iris Leona