“Ude Sikit Pun Tidak Takut Menemani Saya Melahirkan Aaron, Semuanya Berjalan Lancar” – Izreen Azminda.

Hiburan

DRAMATIS popular Izreen Azminda selamat melahirkan anak pertama daripada perkahwinan kedua yang diberi nama Aaron Ibrahim Muhammad Radzi, di H0spital Seri Rampai Specialist, Sabtu lalu.

Pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Juvana itu turut berkongsi wajah Aaron di laman sosial instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Ketika dihubungi, Izreen berkongsi pengalamannya melahirkan Aaron yang mana mengalami kontr4ksi pada Jumaat lalu dan berlaku sedikit pend4rahan.

“Sebaik tiba di h0spital, d0ktor terus tahan dan memaklumkan sudah sampai masa untuk saya melahirkan serta tidak boleh tunggu lama.

“Aaron selamat dilahirkan jam 1.46 pagi Sabtu lalu dengan berat 2.85 kg,” katanya.

Menurut Izreen, suaminya yang juga pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude turut berada di sisinya.

“Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani untuk memberikan sokongan. Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana pembed4han terpaksa dijalankan akib4t situasi cem4s.

“Ude sikit pun tidak rasa t4kut sewaktu d0ktor membed4h perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak,” katanya.

Izreen dan Uda mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017. Sebelum itu, Izreen bernikah dengan sutradara Muhamad Riza pada 2012 namun bercer4i dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan terdahulu, Izreen dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar.

 

 

Sumber: Harian Metro