Ulang tahun kelahiran Ashraf Sinclair, BCL titip ucapan menyentuh hati – “Terima kasih buat saya percaya bahawa saya layak untuk dicintai”

Hiburan Keluarga Semasa

MESKIPUN suaminya iaitu Ashraf Sinclair sudah tiada, penyanyi Bunga Citra Lestari tetap menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Allahy4rham yang ke-41 pada Jumaat.

Bunga atau lebih dikenali sebagai BCL, 37, mengucapkan terima kasih kepada arw4h suaminya yang membuatkan dia percaya dirinya layak untuk dicintai.

Menurut penyanyi lagu Cinta Sejati ini, dia masih memegang kata-kata Ashraf dan akan mencintai dirinya seperti mana suaminya menyayanginya sepenuh hati.

BCL muat naik foto suaminya dengan ucapan kelahiran arw4h.

“Terima kasih kerana membuatkan saya percaya bahawa saya layak untuk dicintai. Sejak awak tiada, saya perlu menjadi awak… seseorang yang mencintai saya dan seseorang yang mempercayai saya.

“Kata-kata awak sangat hebat, dan akhirnya saya dapat melihatnya. Saya akan mencintai diri saya, seperti mana awak mencintai saya. Selamat ulang tahun kelahiran sayang,” kata BCL.

BCL berkongsi ucapan romantis tersebut dengan memuat naik foto Allahy4rham menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Saya akan mencintai diri saya, seperti mana awak mencintai saya.

BUNGA CITRA LESTARI

PENYANYI

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat untuk BCL dan tidak lupa juga, doa untuk arw4h Ashraf.

Allahy4rham Ashraf Sinclair mninggal dunia akibat ser4ngan jantvng pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.

BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 2008 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Foto kenangan Adam, Yuna, BCL dengan arw4h abangnya, Ashraf

Dalam pada itu, suami kepada penyanyi Yuna iaitu Adam Sinclair memberitahu biarpun arw4h Ashraf sudah pergi buat selama-lamanya namun dia sentiasa menghargai kehadiran lelaki itu dalam hidupnya.

“Selamat hari lahir abang. Hari ini kenangan tentang awak sangat kuat. Dan sebanyak mana saya rindukan awak, saya juga menghargai perasaan yang terlalu dekat dengan awak.

“Kehidupan saya lebih baik dengan adanya awak. Pagi yang gelap, kini sudah terang. Aku adikmu, dan engkau Abang. Ku amat merinduikan mu,” tulis Adam.

 

View this post on Instagram

 

Pagi yang gelap, kini sudah terang. Aku adikmu, dan engkau Abang. Ku amat merinduikan mu

A post shared by Adam Sinclair (@adamyousofunny) on

 

Sumber: mStar, Adam Sinclair

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.