“Ur Mom ke Kakak?” – Kongsi foto bersama Ratu Hati , wajah ibu Eyka Farhana jadi perhatian .

Hiburan

Eyka Farhana atau Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi  merupakan antara artis muda terkenal yang  sejak berusia 16 tahun lagi telah digilap bakatnya dalam dunia lakonan .

Wajah manis menawan mirip pelakon cantik, Nur Fazura, rezeki gadis berusia 23 tahun itu dilihat semakin mencurah-curah setelah tidak putus-putus menerima tawaran berlakon daripada  pihak produksi tempatan.

Terbaru artis yang berasal dari Ampang ini berkongsi sekeping foto bersama ratu hatinya di laman Instagram.

Indah je rasa kalau dating dengan mama berdua tanpa kena ganggu dengan budak 2 orang yang kurang kasih sayang tu. Hehe, makan pun mama suap.

 

Namun begitu, apa yang menjadi perhatian para pengikutnya adalah kecantikan yang dimiliki oleh ibu Eyka  yang dilihat begitu awet muda sehingga membuatkan mereka berdua kelihatan seperti adik beradik.

Ehh biar betul mak???

Mak ke kakak ni?

 

Patut lah dia cantik, mak dia pun lawa

 

Tidak kurang pula, terdapat juga netizen yang mengatakan Eyka mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh ibunya.

 

Sumber : IG Eyka Farhana  via MO