“Aku Rasa Nak Blok,” – Ismail Izzani Menari ‘Tak Ingat ’, Respon Zizan Razak & Wany Hasrita

Hiburan Semasa

Amboi bukan main penyanyi muda, Ismail Izzani menari lagu Kill This Love. Ibaratnya macam penuh penghayatan, dengan lenggok yang cukup lembut.

Perkongsian video di laman Instagram penyanyi Luar Biasa itu mendapat lebih 400,000 tontonan dengan hampir 6000 komen.

 

Ramai juga yang tinggalkan komen, termasuk selebriti misalnya Zizan Razak antara yang memberi respon gurauan.

“Bangang apa tu.”

Malah, Wany Hasrita turut mengatakan ingin menyekat Mail selepas melihat video ini.

Pada masa sama, Ibu kepada penyanyi ini turut memberi reaksi mempersoal mengapa tarian ini dirakam dan dikongsi.

Apa-apa pun Mail memang punya bakat. Black Pink mungkin perlukan lagi seorang anggota selepas ini.

artikel berkaitan…

Siapa Sangka Ismail Izzani Ada Kakak Cantik

Kami pasti semua tahu bahawa penyanyi, Ismail Izzani mempunyai bakat tersendiri dan punyai masa depan yang cerah dalam industri hiburan tanah air. Lagu-lagunya kerap diputar di stesyen radio tempatan sekaligus menjadikan Ismail antara penyanyi kegemaran orang ramai.

Tapi tahukah anda, Ismail mempunyai kakak yang cantik dan gorgeous? Hubungan penyanyi muda itu dengan adik-beradik boleh dikatakan rapat, kerana mereka sering lihat muat naik foto bersama. Malah, keluarga Ismail memang sangat supportive! Jom kita lihat beberapa foto salah seorang daripada kakak Ismail Izzani.

Alahai.. Semua senyum sama

Ismail Izzani mempunyai dua orang kakak yang cantik iaitu Fala Zainal (tengah) dan Izzati Zainal (paling kanan). Hubungan mereka sangat akrab kerana masing-masing memberi sokongan antara satu sama lain.

Wah.. so cantik

 

 

Sumber: Instagram Izzati Zainal

Ismail Izzani Bersedia Kahwin Muda Jika..

Selain meletakkan sasaran untuk memilik rumah sendiri, penyanyi muda Ismail Izzani juga tidak menolak jika ditakdirkan mendirikan rumah tangga pada usia muda.

Bagaimanapun, kata anak teruna Datin Suliza Salam ini, dia menyasarkan usia 25 tahun untuk berkahwin.

“Bukan senang untuk mendirikan rumah tangga. Sedangkan saya sendiri tidak terurus, jadi biarlah saya perbetulkan diri saya dahulu,” ujar jejaka usia 19 tahun ini kepada MHETV.

Mengulas tentang hubungan rapat dengan rakan penyanyi Shalma Eliana, kata Ismail mereka sudah lama berkenalan dan selesa berkawan.

Berita lanjut bersama video di https://www.mhetv.my/ibu-restu-hubungan-ismail-izani-dan-shalma-eliana/

Sumber : utusan dan Oh bulan

sumber : mediahiburan

Via: jiwangmedia dan soyalemon