(Vide0) “Semua salahkan aku tak maafkan dia”..Umie Aida tunjuk bukti maafkan Erra Fazira?

Hiburan Tempatan

Apabila perbal4han antara pelakon Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira hangat diperkatakan, ramai kalangan peminat mula memilih untuk menyebelahi salah seorang antara kedua-duanya sebagai tanda sokongan pada artis kesayangan mereka.

Ada juga segelintir yang begitu mudah menuding jari menyalahkan pihak tertentu tanpa sebarang usul periksa.

Tatkala Umie Aida mula membangkitkan hal ini, sesetengah pihak menganggap dirinya keterlaluan sehingga tidak boleh memaafkan kesalahan seorang sahabat baik.

Umie sebelum ini juga pernah berkongsi, bukan sekali masalah timbul antara mereka.

Malah Erra dikatakan masih melakukan kesalahan sama walau sudah dimaafkan.

Dalam perkongsian terbaharu Umie Aida dalam Instagram Story miliknya, dia berkongsi detik bertemu Erra sebelum ini.

 

video tersebut menunjukkan mereka berbual sebelum berpelvkan.

“Semua salahkan aku tak maafkan dia. Harap netizen tidak bercakap lagi tentang isu ini.

“Semoga kita semua di dalam RahmatNya,” tulis Umie pada dua video yang dimuat naik. – MHE TV

Via:catatanterakhir

Terdahulu”saya telah mengecewakan Umie buat kali ketiga,” Akhirnya Erra Fazira beri penjelasan dan mohon maaf kepada Umie Aida

KUALA LUMPUR- Primadona filem Melayu, Erra Fazira membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakan artisnya, Datin Seri Umie Aida selepas beberapa hari mereka dikatakan sedang berperang dingin.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 45, mengakui bahawa dia telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali sehingga Umie tidak lagi mampu memaafkan kesalahan tersebut.

“Ini adalah pencerahan daripada pihak saya. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Umie Aida.

“Dia sudah memaafkan saya sebelum ini, namun saya telah mengecewakan Umie buat kali ketiga,” tulisnya dalam status Instagram yang dimuat naik sebentar tadi.

Tambah pelakon filem Sembilu itu lagi, Umie pernah menghantar mesej secara baik dan mengenali Umie, dia tahu wanita itu tidak akan bersuara tanpa sebarang bukti yang kukuh.

“Saya harap dengan pengakuan ini, semua pihak berhenti berbalah. Saya belajar daripada kesilapan saya dan akan baiki kekurangan saya.

“Saya mohon maaf sekali lagi kepada semua dan Umie,”katanya lagi.

Prang dingin antara dua aktres yang bersahabat baik ini mula dihidu peminat apabila mereka saling berhenti mengikuti laman sosial masing-masing dan Umie mula memuat naik status berbaur kecewa dalam akaun Instagramnya. – K! ONLINE

Apa kata anda? Sila kongsi jikaDah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!