(Video) “4:30 pagi dah niaga”- Pemuda b0rong nasi lemak, minta pakcik sedek4h pada yg memerlukan

Setiap peniaga pasti mahu barangan atau makanan yang dijual laku dan mampu dijadikan sebagai sumber pendapatan. Namun, setiap rezeki itu datang daripada Allah SWT dan kita harus percaya dengan rezeki diberikan.

Menerusi perkongsian seorang pemuda di aplikasi TikTok, dia berkongsi kisah mengenai seorang pakcik yang memulakan perniagaan makanan seperti nasi lemak dan kuih-muih seawal jam 4.30 pagi.

4.30 pagi dah keluar rumah

@arifflubis

Yang ada perniagaan kecil sy doakan korang sentiasa tabah waktu PKP #mco #pkp #fyp #foryou

♬ original sound – ☣️TEXAS🤟TOHIR PLAT A – PLAT_A

Menerusi perbualan dirakam pemuda bernama Ariff Lubis itu, dia telah membeli sebanyak RM30.00 dan meminta agar peniaga tersebut memberi secara percuma kepada insan yang memerlukan.

Selain itu, pakcik berkenaan juga sempat memberitahu seawal jam 4.30 pagi dia sudah keluar rumah untuk membawa makanan yang dijual ke gerai tersebut.

Beliau turut bersyukur kerana setiap hari makanan yang dijual di lokasi terletak di Ayer Keroh, Melaka itu habis terjual selain sempat bersedek4h makanan kepada Ariff.

Semoga diluaskan rezeki

Perkongsian video berdurasi 58 saat itu menerima reaksi warganet yang memuji tindakan murni Ariff yang disifatkan memberi inspirasi untuk terus bersedek4h selain mendoakan agar pakcik itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Semoga urusan pakcik dipermudahkan

Susah nak dapat nasi lemak daun pisang sekarang

Sebagai peniaga, memang harus melalui pasang surut musim perniagaan. Apa pun, diharapakan agar pakcik sentiasa kuat dan bertenaga untuk terus mencari rezeki.

 

Sumber: TikTok Ariff Lubis, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf