(Video) Abang gu4rd buat ramai terkesima selepas ‘buka siIat’ ala pahIawan Melayu di Sekolah

BUKAN biasa-biasa! Seorang pengawal keselamatan begitu lincah dan tangkas melakukan @ksi seni mempert4hankan diri di perkarangan sebuah sekolah.

Gaya pusingan badan di akhir video berdurasi 11 saat itu paling menjadi perhatian sehingga segelintir netizen menggambarkan gerak silat tersebut seperti mahu bertukar menjadi adiwira.

“Ingatkan dia nak bertukar jadi Kamen Rider tadi,” komen netizen yang merujuk kepada adiwira popular Jepun.

Pemuda dalam video yang tular itu, Muhammad Arief Abdul Hakim menjelaskan apa yang dilihat dalam video itu bukanlah lakonan kerana dia sememangnya bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang di Kuala Muda, Kedah.

Arief bertugas sebagai pengawaI keselamatan sejak awal 2020.

Berusia 28 tahun, dia telah mendalami ilmu persilatan seawal usia empat tahun dan meIakukan pertunjukan silat buat pertama kali dua tahun kemudian.

“Saya bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah sejak awal tahun ini. Video latihan silat itu dirakamkan selepas tamat sesi persekolahan pada waktu petang.

“Tujuan saya buat video itu sebenarnya nak tunjuk kepada mereka yang bekerja bahawa kita boleh berlatih silat bila-bila masa dan di mana saja,” katanya kepada mStar.

Arief (dua, kanan) bersama rakan-rakannya. Foto instagram leqiuspark

Lebih mesra disapa Arief, dia bagaimanapun menjelaskan bahawa masyarakat perlu mendalami seni mempert4hankan diri dengan mereka yang pakar.

“Saya sendiri berlatih dengan ayah yang juga guru silat. Bukan sahaja ayah, mak dan adik-beradik turut mendalami ilmu persilatan. Kiranya satu famililah!

“Sebelum ini saya membuat kerja-kerja runner menghantar barang. Sebab utama saya ambil keputusan untuk jadi pengawal keselamatan kerana mahukan pekerjaan tetap,” ujarnya yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara pencapaian membanggakan Arief dalam seni silat.

Pengalaman dan kemahirannya dalam ilmu persilatan membuatkan anak kelahiran Gurun, Kedah itu lebih yakin untuk memikul tanggungjawab baharu sebagai pengawal keselamatan.

“Seni mempert4hankan diri ini penting bukan sahaja untuk pengawal keselamatan, bahkan masyarakat secara umum terutama anak-anak muda.

Seni mempert4hankan diri ini penting bukan sahaja untuk pengawal keselamatan, bahkan masyarakat secara umum terutama anak-anak muda

MUHAMMAD ARIEF ABDUL HAKIM

“Ia juga membolehkan kita untuk bert!ndak secara rasional sekiranya berlaku kec3masan. Rumah keluarga saya pernah dipec@h masuk pada waktu malam beberapa tahun lalu.

“Peny4mun tu cuma seorang dan secara kebetulan kami sekeluarga dapat handle dengan baik sebelum membawanya ke balai p0lis,” katanya yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik.

Arief kini juga merupakan guru silat.

Turut dikenali sebagai Leqiu sempena nama laksamana Hang Lekiu daripada pahlawan Melayu lima bersaudara, Arief banyak menyertai kejohanan dan pertandingan silat.

Antara kenangan terindah Arief apabila mewakili sekolah dan menjadi johan di peringkat Asia Tenggara (Asean), dalam satu pertandingan silat di Labuan pada 2004.

Arief yang kini mewarisi kemahiran bapanya dengan menjadi guru silat berkata, bukan sahaja silat, anak-anak muda juga disarankan untuk mempelajari pelbagai seni mempert4hankan diri.

“Bagi saya, memang bagus digalakkan anak muda belajar silat agar warisan Melayu terus diperju4ngkan sebagai lambang jati diri Melayu,” katanya.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.