“That’s Spicy…” – Reaksi Orang New York Pertama Kali Cuba Makan Maggi Kari Malaysia.

YouTuber dari Amerika Syarikat dengan nama Xiaoma telah melakukan cabaran merasa mi Maggi perisa kari di tengah-tengah kesesakan bandar New York.

Bila cakap je pasal mi segera, pasti Maggi yang akan pertama akan terlintas dalam fikiran masing-masing

Mi Maggi adalah antara makanan yang sangat mudah untuk disediakan ini. Yang bestnya, di Malaysia ini, mi Maggi boleh dimakan pada bila-bila masa sebab penyediaannya yang ringkas dan kos yang lebih murah. Sebab itu makanan ini sentiasa menjadi pilihan bagi golongan pelajar dan juga bujang.

Image via YouTube Maggi Malaysia

Kemudian dalam dalam banyak-banyak perisa, Maggi perisa kari merupakan jenis mi segera yang sering menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia. Ini kerana rasanya yang berasaskan kari sangat digemari oleh pelbagai golongan tidak kira dari kanak-kanak hingga ke golongan dewasa malah semua bangsa pun menyukainya.

Baru-baru ini, seorang YouTuber dari Amerika Syarikat telah melakukan cabaran merasa mi Maggi perisa kari di tengah-tengah kesesakan bandar New York

Semuanya bermula apabila YouTuber dengan nama akaunnya Xiaomanyc itu telah menemui dua orang rakyat Malaysia di Chinatown yang tidak teragak-agak untuk mencadangkan mi Maggi kari kepadanya.

Image via YouTube Xiaomanyc 小马在纽约

Image via YouTube Xiaomanyc 小马在纽约

Seperti yang sudah dijangka, kebanyakan warga New York yang merasa mi segera yang dimasak oleh Xiaoma pada ketika itu berasa begitu berpuas hati dengan hidangan itu. Siap ada lagi yang mahu membawa pulang mi segera itu. Antara komen-komen yang diberikan warga New Yorkers:

“Saya mahu mengambilnya semua untuk saya”

 

“Saya suka kuahnya, tiada sos pedas yang terdapat disini dapat melawan rasanya”

 

“Rasanya sangat sedap, saya biasanya letakkan sos pada mi, dan sekarang tidak perlu lagi”

Daripada 11 orang yang ditemu bual oleh Xiaoma, terdapat 3 orang yang menyatakan bahawa mi segera keluaran Malaysia tersebut terlalu pedas untuk mereka

Hal ini berlaku mungkin kerana mi segera ini lebih sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia yang gemarkan rasa pedas, tidak seperti orang barat yang tidak sukakan rasa pedas dalam makanan mereka.

Walau bagaimanapun kebanyakan daripada mereka yang merasakan mi itu benar-benar sukakannya malah ada juga antaranya yang memberi cadangan untuk menambah beberapa jenis lauk seperti udang bagi menambah perisa pada mi segera yang kosong itu.

Menurut Xiaoma, siap ada yang ‘PM tepi’ Xiaoma menerusi akaun Instagram dia lagi untuk tanya di mana untuk mendapatkan mi segera tersebut di kawasan New York!

VIDEO :

 

Sumber: Says

error: Content is protected !!