Video Pendek Tentang Makcik Pakcik Jalan Kaki Ini Buat Ramai Men4ngis

Setiap anak mahukan yang terbaik untuk ibu bapa mereka sebagaimana mereka membesarkan kita dengan baik dari kecil hingga dewasa.

Jika melihat pasangan tua yang sudah dimamah usia berada dalam keadaan susah, pasti kita akan sebak kerana teringatkan ibu bapa kita sendiri.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok milik Athirahzaharii yang berkongsikan video menumpangkan sepasang suami isteri warga emas yang sedang berjalan kaki sambil memikul barangan berat.

Menurut Athirah, pasangan itu dalam perjalanan menuju ke rumah mereka kelihatan letih kerana berjalan kaki sambil memikul barang mungkin dari tempat yang agak jauh. Dapat dilihat, pasangan itu membawa barangan dengan menggunakan kayu.

Sampai di rumah, Athirah berkata mereka sempat berbual dan mendengar luahan hati daripada pasangan warga emas itu. Lebih sebak ketika hendak pulang, wanita berusia itu berpesan menjenguk mereka kerana sunyi.

Perkongsian Athirah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat pasangan warga emas itu berjalan kaki sambil membawa barang yang berat.

Malah, ada yang menangis kerana teringatkan ibu bapa masing-masing yang sudah meningkat usia dan bersyukur masih lagi mempunyai ibu bapa.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan serta berharap Athirah akan terus melawat pasangan itu.

 

Sumber: TikTok, Gulapop

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf