‘Takde angin takde ribut tp tersenarai Artis Baru Lelaki..”- Remaja D4kwa Foto ‘Muncul’ Di ABPBH

Hiburan Semasa Tempatan

Malam berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah melabuhkan tirai dengan menobatkan Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popolur. Selain itu, anugerah dalam kategori tercalon juga turut dihiasi dengan wajah-wajah baru.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang pengguna Twitter, Wafiy Rosli mend4kwa dirinya tercalon dalam ABPBH sedangkan dia langsung tidak tahu mengenai pencalonan tersebut.

Tercalon dalam ABPBH

Menerusi perkongsian Wafiy Rosli di Twitter, dia agak terkejvt apabila mengetahui ‘dirinya’ tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular (ABPBH). Bercerita lanjut, Wafiy mengakui hanya menyedari perkara itu selepas diberitahu oleh rakannya.

Tambah remaja ini lagi, dia mend4kwa langsung tidak tahu mengenai fotonya digunakan untuk paparan ‘calon’ bagi kategori tersebut kerana dia dipercayai tidak pernah menceburi dalam bidang lakonan.

Gambar asal Wafiy

Walaupun tidak merangkul anugerah bagi kategori tersebut, Wafiy mengaku agak berbangga dengan ‘pencalonan’ dirinya dalam anugerah berprestij itu. Sementara itu, Wafiy sempat bergurau sekiranya dia tahu dirinya tercalon, sudah pasti dia akan meminta rakan-rakan di Twitter untuk mengundinya.

‘Saya dah jadi artis’

‘Tak pernah nampak pun’

Di ruangan komen, kebanyakan pengguna Twitter terutamanya rakan Wafiy terkejvt dengan ‘pencalonan’ tersebut sedangkan mereka tidak pernah nampak Wafiy berlakon di kaca televisyen. Selain itu, ada yang mend4kwa kemungkinan pihak pengurusan ingin meletakkan gambar Dr Hafiz Zainal tetapi tertukar dengan foto Wafiy.

Ada yang kata gambar edit

  

Sementara itu, ada juga dalam kalangan mereka yang menanggap bahawa gambar tersebut telah disunting tetapi Wafiy seolah-olah menafikan perkara tersebut dan mend4kwa itu adalah foto asal.

 

Sumber: Wafiy Rosli, Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.