“Walau Artis Tapi Nampak Macam Biase Je..Humble”- Netizen Puji Layanan Zara Zya Pada Anak Syurga Ini.

Hiburan

Pelakon Zara Zya berkongsi sepotong video ketika dia beramah mesra dengan seorang kanak-kanak berstatus orang kelainan upaya (OKU) celebral palsy.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Zara mendoakan kanak-kanak itu agar sentiasa sihat dan kuat mengharungi kehidupan seharian.

“Sayang ni nama dia Alisa Fatehah, dia ada penyakit celebral palsy.

“Sama-sama kita doa supaya dia kuat dan sihat ya, ibu bapa Alisa please sayang dia sampai bila-bila ya.

“Saya tak dapat jumpa dia lama sebab masa ni nak berbuka dah, dapat bergambar dan ambil video je, membesar dengan baik ya sayang,” tulisnya sebagai kapsyen.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sayu melihat kanak-kanak itu, ada juga yang memuji kebaikan Zara.

Humble women

Layanan baik..

Sedikit info mengenai Zara, pelakon kelahiran Perak ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2010 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

 

sumber : Astro gempak