Walau Tak Boleh Balik Kampung, Ada Berita Baik Untuk Kita Beraya Bersama Keluarga Terdekat!

Hiburan Santai Semasa

 

Perutusan khas Perdana Menteri 10/5/2020

Perdana menteri kongsi berita baik, Malaysia di tangga ke 4 dari segi tahap puas hati rakyat dalam tangani Covid19 dari seluruh negara di dunia. Perdana menteri juga ucap terima kasih kepada semua rakyat Malaysia dari Perlis ke Sabah kerana disiplin yang tinggi semasa PKP.

Kerana tahap displin yang tinggi, banyak zon kembalik menjadi zon hijau dimana tiada kes covid terbaru. Sekarang cuma 4 kawasan berstatus merah. Perdana Menteri menasihatkan supaya yang berada di kawasan hijau tidak alpa kerana covid19 adalah musuh tersembunyi.

Malaysia masih belum berjaya sepenuhnya PKP disambung.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), saya ingin mengumumkan PKPB yang berkuatkuasa hingga 12 Mei 2020 akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020 iaitu selama empat minggu lagi. “Ini bermakna semua peraturan dan SOP sepanjang PKPB ini dikekalkan hingga 9 Jun 2020,” kata beliau.

1. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bersambung sehingga 9 Jun 2020.

2. Pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri.

Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai polis terdekat.

3. Larangan pergerakan antara negeri kekal dalam tempoh #PKPB.

4.SOP solat Jumaat dan berjemaah sedang diperhalusi.

5. Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat & keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang dalam satu-satu masa ketika hari perayaan.

Tetapi tidak perlu buat jamuan besar / rumah terbuka. – Perdana Menteri @MuhyiddinYassin

sumber : FB MKN