Selepas ambil anak angkat 4 beradik, wanita h4mil dikurniakan kemb4r 4

Bagi pasangan suami isteri, tiada apa lebih membahagiakan apabila dikurniakan zuriat apatah lagi mengetahui bakal menimang cahaya mata kemb4r sekali gus.

Situasi seperti itu dilalui pasangan dari Pennsylvania, Amerika Syarikat yang mendapat anak kemb4r empat selepas kira-kira setahun mengambil anak angkat empat beradik pada 2019.

Menerusi laporan Daily Mail, Maxine and Jake Young telah mempunyai seorang anak kandung lelaki bernama Henry pada Oktober 2018 sebelum menjadi ibu bapa angkat kepada empat beradik berkenaan.

Henry & adik beradik angkat

Sebaik mengambil anak angkat, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk memiliki seorang lagi anak kandung namun terkejut selepas disahkan h4mil anak kemb4r empat.

Kemb4r empat itu dilahirkan pada 31 Julai lalu (32 minggu) yang diberi nama Silas Ledger, Theo Alexander, Beck Killian dan Cecilia Hudson dimana dua daripadanya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) namun dalam keadaan baik.

Dua kemb4r yang masih dir4wat

Memetik kenyataan ibu Jake iaitu ArLette Young, anak dan menantunya itu berkahwin pada Mei 2016 dan sememangnya mahu memiliki keluarga sendiri secepat mungkin.

“Pelbagai cabaran dilalui mereka seperti berkali-kali keguguran, rawatan IVF dan IUI sebelum dikurniakan anak sulung mereka, Henry,” katanya.

Bagi Maxine pula, dia tidak menyangka dirinya h4mil tanpa melalui proses IVF atau IUI, malah menganggap kandungan ’empat kali ganda’ itu adalah satu keajaiban.

 

Sumber : Daily Mail, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf