Terl4ntar setahun, Penyanyi veteran Zaleha Hamid beransur pulih, sudah boleh bercakap – Suami

Hiburan Keluarga

KUALA LUMPUR: Kes1hatan penyanyi veteran, Zaleha Hamid, 65, yang terl4ntar akibat ser4ngan angin ahm4r sejak lebih setahun lalu, beransur pulih.

Suami Zaleha, Ungku Sulaiman Ungku Aziz, 56, berkata isterinya sudah boleh bertutur dan daya ingatan makin baik.

“Alhamdulillah, sejak lebih sebulan lalu, isteri saya sudah boleh bercakap dan ingatan bertambah baik.

“Sebelum ini, isteri tidak sed4r apa yang terjadi dengan dirinya. Kadang kala dia men4ngis tapi sekarang, em0sinya bertambah baik.

“Apabila saya putarkan lagu dan bertanya siapa penyanyi lagu terbabit, dia boleh menjawab dengan betul.

Wajah Zaleha yang dirakam pada 2019. Foto NSTP/Lukman Hakim Zubir
Wajah Zaleha yang dir4kam pada 2019. Foto NSTP/Lukman Hakim Zubir

“Maknanya, ingatan sudah kembali seperti biasa. Cuma kadang-kadang dia tidak f0kus, namun, semuanya baik,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu genre dangdut, Hindustan dan Melayu Deli itu diser4ng angin ahm4r selepas terjatvh di bilik air rumahnya di Johor Bahru, Johor pada 23 Disember 2019.

Tahun lalu, Zaleha dilaporkan terlantar di katil dan hanya mampu mengerdipkan mata sebagai tanda isyarat.

Ungku Sulaiman berterima kasih kepada pengendali perkhidmatan penjagaan kes1hatan di rumah, JB Care Centre yang menjaga isterinya selama beberapa bulan.

“Alhamdulillah di bawah penjagaan mereka, saya nampak perubahan positif isteri saya.

“Atas nasihat mereka, isteri saya tidak lagi makan menerusi tiub. Itu yang menyebabkan dia tampak kembali berisi.

“Pipi pun kelihatan makin naik. Jika tidak, sebelum ini, isteri tiada selera makan mungkin kerana tiub berkenaan.

“Jika mengikut doktor, dia tidak benarkan kami membuka tiub. Namun, melihat badan isteri makin susut, kami tanggalkan tiub berkenaan. Sekarang, saya yang menyuap isteri makan,” katanya.

Ketika ini, tugas menjaga Zaleha dig4lasnya bersama anak bongsu selepas JB Care Centre tidak lagi menawarkan perkhidmatan itu, mulai bulan ini.

Sementara itu, Ungku Sulaiman memberitahu mereka b4kal berpindah ke kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Uda Utama, Johor Bahru, akhir bulan ini.

“Alhamdulillah selepas tiga kali memohon sejak 2012, akhirnya kami mendapat unit PPR.

“Ringanlah tanggvngan saya jika hendak dibandingkan dengan sewa rumah RM700 sekarang,” katanya yang berhenti kerja sebagai peng4wal kesel4matan demi menjaga isterinya.

 

Sumber: BH Online

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.