Zed Zaidi jual tauhu begedil untuk teruskan hidup

Kuala Lumpur: Pandemik Covid-19 yang masih berterusan dan belum menemui jalan penyelesaian memaksa Presiden Seniman, Zed Zaidi berniaga makanan Tauhu Begedil Begedul.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil berkata, dalam situasi yang mana pendapatan semua orang terjejas, dia terp4ksa berniaga sebagai usaha meneruskan kelangsungan hidup.

Berniaga Begedil Begedul teruskan hidup

“Dengan dua anak kembar yang makin membesar perlukan pelbagai kos termasuk susu dan belanja isi rumah, saya tak boleh duduk saja dan memang kena cari jalan untuk cari rezeki. 

“Dalam masa sama, hujung tahun banyak akaun kerajaan sudah tvtup dan projek kurang. Orang pun tak buat perniagaan besar masa C0vid-19. Ini saja yang mampu buat setakat ini.

“Saya ambil inisiatif buat perniagaan secara kecil-kecilan dengan menghasilkan Tauhu Begedil Begedul. Ini ‘trademark’ kepada perniagaan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Resepi warisan keluarga isteri

Menurut Zed, dia meletakkan nama Begedul sebagai kelainan bagi membezakan produknya dengan yang lain.

“Idea ini tercetvs sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Apabila isteri masak, saya nampak makanan ini boleh dijual supaya boleh dapat pendapatan dalam keadaan yang amat sukar sekarang.

“Sambutan amat menggalakkan. Jualan hanya dibuat setiap Rabu, Jumaat dan Sabtu untuk tempahan dan penghantaran. Apabila sambutan meriah, kami buka tempahan dan jualan setiap hari. Orang dah rasa dan ulang tempah. Ia terlalu banyak dan pelanggan baru makin bertambah,” katanya.

Zed berkata, tauhu jualannya agak berbeza kerana dihasilkan daripada resepi warisan keluarga isterinya.

“Kicap sos diwarisi daripada nenek isteri dan rasanya memang sedap. Rezeki ini bukan untuk kami sekeluarga sahaja. Secara tak langsung ia turut menjana pendapatan kepada pekerja penghantaran makanan termasuk pembantu peribadi saya.

“Kadangkala saya sendiri yang terp4ksa hantar kerana permintaan memang banyak. Alhamdulillah, sudah banyak kotak yang terjual setakat ini,” katanya.

Image

Zed gembira kerana jualan Tauhu Begedil Begedul yang berharga RM10 itu mendapat respons positif daripada peminat, rakan artis dan rakan media.

“Tamat saja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) nanti, saya sasarkan nak pergi jauh lagi. Kemungkinan saya nak buka cawangan, kedai atau kilang.

“Mana tahu rezeki saya ada menerusi perniagaan ini. Alhamdulillah, permintaan pembeli memang tinggi menerusi media sosial saya antaranya di Facebook Rozaidi Jamil,” katanya.

Posted by Zed Zaidi on Saturday, November 14, 2020

 

Sumber: HMetro, Facebook Zed Zaidi

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf