“Bini Lawa Pun Masih Cari Lain”- Ini Wajah Madu Ziela Jalil Yang Jarang Dilihat

Tempohari h4ngat diperkatakan di media sosial mengenai seorang pelakon dan penerbit drama terkemuka apabila did4kwa sudah hampir dua tahun bermadu dan bergelar isteri kedua.

Tiada angin tiada rebut, tiba-tiba sahaja nama penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Ziela Jalil kembali hangat diperkatakan.

Ia susulan ciapan di laman Twitter oleh seorang wanita yang mend4kwa dan mendedahkan dia sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua.

Ini takdir hidup saya”Dakwaan jadi Isteri Kedua, Ziela Jalil mula buka mulut – Siakap Keli Press

Enggan membiarkan perkara itu terus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan warganet, Ziela, 51, atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil tampil menjelaskan perkara sebenar.

Ziela Jalil akhirnya bersuara

Menurut Ziela, dia tidak mahu isu itu dibangkitkan pihak lain yang dianggap sengaja untuk menga1bkan dirinya.

Malah, Ziela yang juga penerbit syarikat penerbitan Pena Cretive berkata, apa yang dilalui itu adalah takdir hidupnya yang sudah ditentukan Allah SWT.

“Ya, saya sudah bern1kah pada 17 Februari 2019 dan menjadi isteri kedua kepada pengerusi masjid, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar.

Majlis saya diadakan di masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudara dengan disaksikan keluarga sebelah bapa, mak saya, anak-anak dan dua teman rapat.

“Kami hanya berkenalan lima minggu saja sebelum dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya. Bagi saya, keputusan berkahwin sekali lagi bukan keputusan mudah. Apatah lagi menjadi isteri kedua.

“Saya anggap ia adalah takdir dan j0doh. Kalau boleh diberi pilihan, saya pasti bukan ini pilihannya. Mungkin ramai yang mempert1kaikan keputusan ini. Jawapan saya mudah, kalau memang saya nak kahwin dengan suami orang, dari dulu lagi selepas arw4h suami mninggal dunia,” katanya.

Ziela yang berkahwin dengan suaminya yang berusia 55 tahun berkata, perkahwinan itu bukanlah satu perancangan.

“Sepanjang 11 tahun arwah suami mninggal, memang tidak pernah terbuka hati atau ada perasaan untuk berkahwin lagi. Apabila orang usik saya mengenai soal kahwin, saya akan berasa ‘p1ss off’.

“Sebenarnya, saya selalu cakap pada orang tak nak, takkan dan tidak mungkin berkahwin lagi. Tiga ayat ini akhirnya saya telan balik sebab Allah yang mengg3nggam dan memb0lak-balikkan hati saya.

“Jadi, pada saat saya terlalu cintakan arw4h, ternyata Allah berkehendak lain. Allah hadirkan takdir lain untuk saya.

“Arwah sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya. Begitu juga cinta lain daripada orang lain iaitu suami kini akan ada di sisi lain dalam hati saya.

“Jadi, apabila berlakunya perkahwinan ini, ia bukan per4ncangan saya. Kalau tidak, masakan saya tunggu selepas 11 tahun arw4h mninggal dunia baru nak kahwin. Bukan bidang kuasa saya mengenai j0doh. Apatah lagi semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat,” katanya.

Ditanya kenapa baru sekarang dia terbuka berkongsi mengenai perkara itu, Ziela mengakui dalam situasi dilalui dia perlu menjaga hati banyak pihak membabitkan kedua belah keluarga.

“Rakan media yang rapat dengan saya sudah beberapa kali bertanya mengenai perkara ini. Tapi, saya cakap akan k0ngsikan apabila sampai waktu sesuai. Saya bukan jenis yang suka uar-uarkan sesuatu perkara terutama isu sebegini. Saya tidak bercakap mengenai perkara ini bagi menghormati keluarga suami iaitu isteri dan anak-anaknya.

“Tapi, apabila anaknya membuat ciapan di Twitter membabitkan saya dan hubungan ini, bagi saya dia tidak ada hak untuk buat kenyataan bagi pihak saya. Saya juga ada privasi tersendiri.

“Kalau betul mereka nak perkara ini dided4hkan, biar daripada mulut saya sendiri. Bukan daripada mereka dan dengan cara sebegini,” katanya.

OHBULAN! - Laman Socialtainment No 1 Malaysia

Difahamkan, perkahwinan suami bersama isteri pertama dikurniakan enam cahaya mata.

Sementara, Ziela yang berkahwin dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.

Sebelum ini Menurut sumber, penerbit terkenal ini did4kwa telah dir1sik oleh seorang Dato’ dan mereka berdua telah selamat mendirikan rumah tangga hampir dua tahun. Tidak berakhir di situ, dia juga dipercayai telah menjadi isteri kedua, dan selamat din1kahkan di sebuah masjid yang terletak di ibu negara.

Tidak berakhir di situ, wujud beberapa screen shot yang menguatkan d4kwaan bahawa dia (penerbit) telah selamat berkahwin.

Tweet yang disahkan oleh anak tiri

 

Terdahulu, seorang gadis dikenali sebagai Lola, di laman Twitter, mengakui bahawa d4kwaan penerbit terkenal yang menyembunyikan perkahwinan daripada umum, merupakan Ziela Jalil.

Jelas gadis itu lagi, mereka sekeluarga menerima dengan senang hati kehadiran Ziela Jalil dan menyayanginya seperti ibu sendiri.

Foto isteri pertama suami Ziela Jalil

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@lola.alhabshee)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@lola.alhabshee)

 

Sumber: Twitter, Ohbulan, Apacerita TV, Instagram

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.